Terasa diri ini hina
Jatuh rebah
Berkali - kali
Hilang arah
Putus harapan
Hilang maruah dan harga diri
Seperti kain buruk tidak berguna lagi
Manusia punya perasaan
Lemah dan takut
Longlai dan lembut
Kerana mahu hambaNya
Kembali kepada yang Satu
Bergantung hanya kepadaNya
Kupohon hanya kepadaMu
Kuatkan iman
Berikan kekuatan
Permudahkan perjalanan
Dalam mencari jalanMu yang benar
No comments:
Post a Comment