Monday, March 11, 2013

Drama di Facebook

Sedih rasa hati
Apabila melihat drama rakan2 di Facebook
Ada yang enak melancong ke Eropah, bandar2 mewah seperti London, Paris, Amsterdam
Beratus-ratus gambar di postkan di Instagram
Gambar2 gembira mereka sedang leka membeli-belah di Biceister Village atau La Vallée Village
Bukan sahaja satu atau dua bag Chanel atau Louis Vuitton
Ataupun kasut mewah Jimmy Choo
Malah bergaya dari kasut ke winter coat
Mungkin bukan niat mereka untuk bermegah
Mungkin hanya ingin berkongsi kegembiraan
Dan aku tahu aku tidak berhak meng"judge" dari jauh

Tapi tidak kah mereka perasan
Ada dikalangan kita yang mempunyai anak yang terdampar di hospital
Dan dek kerana kekurangan wang untuk membiayai kos surgery
Terpaksa meminta-minta sedekah dari kalangan handai
Hati hiba melihat anak kesayangan mereka
Sayunya perasaan jikalah saya ibu si kecil itu
Allah memberi rezeki masing-masing
Tetapi pandailah berbelanja
Bantulah yang memerlukan jika berupaya
Dunia materialistik ini bukan untuk infinity
Suatu hari nanti bakal kembali ke liang kubur jua


No comments:

Post a Comment