Monday, May 11, 2015

Engkau Yang Pernah Ku Cinta

Entah kenapa, hatiku meruntun sayu
Setiap kali aku teringatkanmu
Allah pinjamkan engkau kepadaku hanya untuk seketika
Dari Jun sehingga Oktober 2014
5 bulan yang membawa saat suka dan duka paling "intense" di dalam hidupku
Cinta kita terlarang, tapi engkau tetap cuba mengetuk pintu hatiku
Berkali-kali tanpa menyerah kalah
Lama-kelamaan, aku termakan dengan pujuk rayumu
Betapa nipisnya imanku pada ketika itu
Tetapi dengan tiba-tiba, hatimu berubah arah
Ada gadis baru yang memikat hatimu
Dan aku memperhatikan engkau memburunya sepertimana engkau pernah memburuku suatu ketika dahulu
Hatiku sakit, namun begitu aku mengaku
Aku tidak akan mungkin mampu memberimu bahagia lebih daripada seorang sahabat
Aduhai sahabat yang pernah kucinta
Aku hanya mampu mendoakanmu dari kejauhan
Agar diberikan hidayah dan kesejahteraan disamping yang tersayang
Persahabatan yang pernah terjalin antara kita
Janganlah engkau lupuskan begitu sahaja nun jauh di lubuk hatimu
Kerana aku akan sentiasa ADA untukmu

Thursday, September 26, 2013

Bersyukurlah

Masa muda-muda dulu
Kadang-kadang bila exam nak dekat
Baru nak cari sejadah dan telekung
Baru nak solat sunat hajat

Tapi semakin kita meningkat dewasa
Cabaran hidup yang perlu dihadapi makin mencabar
Sebab itu amalan pun perlu 'constant'
Agar sentiasa diberi pedoman oleh Ilahi

Bersyukurlah selalu
Dengan nikmat hidup yang dikurniakan
Dengan ahli keluarga dan sahabat handai yg sentiasa di sisi
Dengan rezeki halal yang sentiasa melimpah ruah
Dengan katil empuk tempat untuk tidur setiap malam

Sebab kalau nak di compare hidup kita di Malaysia
Dengan saudara seislam kita di seluruh dunia,
Yang sedang berperang di Syria, Iran, Iraq, Afghanistan dan Mesir
Yang sedang berperang dgn kelaparan dan kemiskinan di Afrika
Hidup kita sempurna serba-serbi
Oleh itu bersyukurlah

Monday, September 23, 2013

Say Yes

Say yes to...

your beautiful smile that sends a message of warmth and friendliness to others

to sitting with the Qur'an, reciting it, pondering its meanings and acting upon them, and repenting and seeking forgiveness

to remembering Allah a great deal and praying for forgiveness, persisting in du'a and offering sincere repentance

Friday, September 20, 2013

Setibaku di Malaysia

Hati nan gundah
Kembali tenang
Melihat raut wajah kedua ibu bapa
Menyambutku pulang

Wednesday, September 18, 2013

Tiada Cinta Seindah Cinta Ilahi

Cintakan manusia
Cintakan harta benda
Cintakan kemewahan dan kebendaan 
Semua itu bisa binasa

Hanya cinta untuk Ilahi
Akan kekal dan pure untuk selamanya

Tuesday, September 17, 2013

Oh Cinta

Oh cinta
Kita terpisah lagi oleh jarak jauh ini
Ku harap kita kan kuat
Mengharung cabaran
Suatu hari pastikan merdeka
Suatu hari pastikan halal
Hanya itu doaku

Friday, May 17, 2013

Perjuangan kita

Sudah tiada
Kudrat dan iradat
Untuk berjuang lagi

Berpenat dan berlelah
Tetapi masih ditekuk yang lama

Adakah ini petanda
Tiada jodoh diantara kita?