Monday, May 11, 2015

Engkau Yang Pernah Ku Cinta

Entah kenapa, hatiku meruntun sayu
Setiap kali aku teringatkanmu
Allah pinjamkan engkau kepadaku hanya untuk seketika
Dari Jun sehingga Oktober 2014
5 bulan yang membawa saat suka dan duka paling "intense" di dalam hidupku
Cinta kita terlarang, tapi engkau tetap cuba mengetuk pintu hatiku
Berkali-kali tanpa menyerah kalah
Lama-kelamaan, aku termakan dengan pujuk rayumu
Betapa nipisnya imanku pada ketika itu
Tetapi dengan tiba-tiba, hatimu berubah arah
Ada gadis baru yang memikat hatimu
Dan aku memperhatikan engkau memburunya sepertimana engkau pernah memburuku suatu ketika dahulu
Hatiku sakit, namun begitu aku mengaku
Aku tidak akan mungkin mampu memberimu bahagia lebih daripada seorang sahabat
Aduhai sahabat yang pernah kucinta
Aku hanya mampu mendoakanmu dari kejauhan
Agar diberikan hidayah dan kesejahteraan disamping yang tersayang
Persahabatan yang pernah terjalin antara kita
Janganlah engkau lupuskan begitu sahaja nun jauh di lubuk hatimu
Kerana aku akan sentiasa ADA untukmu

No comments:

Post a Comment