Hujan turun membasahi bumi
Untuk sekian kali nya bulan ini
Membendung arus di sungai
Airnya yang selama ini gemalai
Rakus melimpahi tebingnya
Diri terasa lebih tenang
Di belai lembayu sejuk dek hujan
Maka ku tadahkan kedua tangan
Memohon keampunan dan minta dipermudahkan
Segala urusan
Bak duniawi dan akhirat
Ke hadrat Ilahi
Cabaran dan rona hidup
Minta dijauhkan
Dan digagahkan sanubari hati ini
Untuk terus berjuang
Berdoalah, kerana hanya kepadaNya kita mengadu
Dengan hati ikhlas,
Yours truly
No comments:
Post a Comment