Saturday, August 20, 2011

Hari Ini Merintih Sayu

Kau guris lagi hati ini tanpa belas kasihan
Perlukah menyalahkan jarak di antara kita
Dua insan terpisah di antara dua negara
Atau perlukah menyalahkan naluri manusia
Yang senantiasa mencari yang lebih baik
Lebih kacak, lebih sopan, lebih alim


Ku penat untuk cuba menyelamatkan
Tali persahabatan kita yang semakin hari semakin nipis
Tujuh tahun entah ke mana
Kita bermula sebagai dua orang asing
Kau hulurkan tangan tanda persabahatan
Kian hari semakin rapat, dan cinta berputik tanpa disangka
Tapi kini, kita kembali menjadi
Dua orang asing


Orang kata jodoh di tangan Ilahi
Pada mulanya ku percaya
Ku serahkan sanubariku kepadaMu ya Allah
Kerana hanya Engkau sahaja yang tahu apa yang terbaik buatku
Tapi kini ku sungguh keliru
Siapakah jodohku yang sebenar
Siapakah di luar sana yang tercipta istimewa buatku
Siapakah yang mampu membimbingku, sebagai suami, sebagai bapa
Siapakah yang terbaik buatku


Untuk kesejuta kalinya
Pertanyaan ini berulang-ulang di mindaku
Dan untuk kesejuta kalinya
Ku menghembuskan nafas
Bukan atas rasa kecewa
Tapi kerana mencatu harapan
Yang si dia bakal menjumpaiku suatu hari nanti
Membina sebuah kehidupan hanya untuk kita berdua
Insya Allah



No comments:

Post a Comment