Friday, September 16, 2011

Bagaimana Jadi Insan Berguna?

Jadi insan berpendidikan tinggi, tinggi akhlak tinggi budi. Tanam nun jauh di hati, berniat molek memperbaiki diri. Biar dikit berdikit setiap hari, asalkan hari seterusnya lebih baik dari yang sebelumnya. Bukan senang, ya itu betul. Untunglah jika dididik baik oleh ibu bapa dari umur sekecil cili api. Tapi jika tidak, itu pun tidak mengapa. Usaha gigih melatih diri bakal membuahkan hasilnya, jika yakin dan berusaha sesungguhnya.


Dengan siapa kita berkawan, perlu diteliti dan dipertimbang rapi. Kerana mereka bakal mencerminkan siapa diri kita yang sebenarnya. Jika baik mereka, baiklah diri kita. Jika buruk mereka, buruk jualah diri kita.


Bosan, daku bosan. Melihat berita di malam hari, penuh dengan keganasan manusia. Manusia yang tida berperi kemanusiaan. Mana hilangnya humanity dan humility. Tidak malukah kita dengan Ilahi. Penat oh penat. Risau dengan nasib manusia yang semakin rakus. Manusia tamak haloba. Manusia, marilah pulang ke jalan yang sebenarnya. Sebelum terlambat, sebelum kita semua ditelan bumi suatu hari nanti.





No comments:

Post a Comment