Sunday, September 11, 2011

Tidak Mahu Pisang Berbuah Dua Kali

Rebah berkali-kali, kegagalan datang menduga lagi. Mampukah ku tanggung beban, yang ku rasakan beratnya. Hati ini ku cuba cekalkan, demi masa hadapan. Ku hanya insan kerdil, aku engkau sama sahaja. Kehidupan masing-masing mengikut aturan Ilahi, tapi sebenarnya berlandaskan satu tujuan, satu matlamat. Dugaan yang disediakan, tujuannya memperingatkan. Peringatan bahwasanya hidup ini hanya pinjaman. Jasad tubuh ini, roh rohani ini, bukan milik kita yang sebenarnya.


Tetapkanlah iman ini ya Allah. Aku hambamu yang lemah, iman bergolak seperti hentaman ombakan ke batuan di tepi pantai. Badainya surut, dan melonjak mengikut masa. Rela aku di beri ujian supaya selalu diperingatkan untuk kembali ke jalanMu. Daripada diberi rezeki mengghairahkan, yang menjauhkan daku dariMu.

No comments:

Post a Comment